HIJAUKAN RUMAH ANDA

HIJAUKAN RUMAH ANDA DENGAN GAHARU, IA AMAT MUDAH... HANYA JARAK ANTARA POKOK GAHARU 3 KAKI, TARGET 10 POKOK/RUMAH. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMBEKALKAN MINIMUM 10 POKOK GAHARU(RM10/POKOK-TERUS TANAM), KOS HANTAR FREE KE SELURUH SARAWAK.

INOKULAN 4 MOON BOOSTER - RM450/LITER

Dapatkan Inokulan SGB untuk pokok gaharu,TERBUKTI menghasilkan teras gaharu. minimum order rm310/liter, penghantaran free/percuma ke seluruh malaysia

Terbukti menghasilkan teras dalam masa tempoh 4 bulan.

hanya pembeli yang sah melalui IGS sahaja akan di bimbing mengenai teknik inokulasi dan dalam tempoh inokulasi telah dilakukan selagi tidak di campur dengan inokulan dari pihak lain.




BIJI GAHARU UNTUK DIJUAL

MUSIM BIJI GAHARU SUDAH TAMAT,, TUAN PUAN BOLEH CALL ATAU SMS 0138494242 MR ADI UNTUK BELI BIJI GAHARU. BIJI GAHARU SUBINTEGRA / CRASSNA / MALACANSIS 1kg = RM900 = lebih kurang 4000 biji 1/2kg= RM500 minimum booking : 1/2kg = RM450

mr adi
0138494242

DI JANGKA ADA JUN 2016














Tuesday

Home » , , , , , , » INFO POKOK GAHARU

INFO POKOK GAHARU

 PENGENALAN KEPADA POKOK GAHARU

Pokok gaharu merupakan sejenis pokok yang berasal dari hutan, di Malaysia terdapat pelbagai jenis pokok gaharu , dan merupakan spesis pokok yang dilindungi oleh Jabatan Perhutanan. Pokok gaharu boleh hidup sehingga ketinggian 750 meter dari aras laut dan memerlukan taburan hujan yang tinggi untuk hidup. Sesungguhnya masyarakat di Malaysia amat beruntung kerana hampir semua negeri mempunyai taburan pokok gaharu.

Bagi penduduk asli dari semenanjung dan penan dari sarawak, hasil gaharu merupakan salah satu hasil hutan yang amat bernilai bagi mereka sejak berabad lamanya. Penghasilan gaharu oleh masyarakat asli adalah secara tradisional seperti melalui takikan,  dan penghasilan gaharu melalui jenis ini memerlukan masa yang amat lama tetapi penghasilan gaharu yang sedikit dan kurang bermutu berbanding dengan penghasilan gaharu secara semulajadi.Walaubagaimanapun pada masa ini terdapat teknologi yang dipanggil inokulasi yang boleh menghasilkan gaharu secara buatan.

Dewasa ini kita sering mendengar bahawa hasil dari industri gaharu boleh membawa kepada hasil keuntungan yang bernilai tinggi bahkan hingga ke jutaan ringgit. Oleh yang demikian tidak hairanlah masyarakat di Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, China berlumba lumba untuk penanaman gaharu secara ladang atau pun secara skala kecil.

    Walaupun aktiviti penghasilan gaharu dari sumber hutan  telah lama bertapak di Malaysia contohnya di Miri sejak tahun 1900an lagi namun usaha penanaman gaharu masih lagi baru di negari Sarawak. Oleh kerana permintaan teras gaharu dan minyak gaharu kian meningkat saban tahun semakin ramai masyarakat dari Malaysia tak kiralah apa bangsa dan kaum telah mula menanam gaharu samada secara perladangan ataupun secara kecil-kecilan sahaja. Permintaan yang amat tinggi ke atas produk ini telah membuka mata masyarakat dan peluang untuk menambahkan pendapatan yang lumayan seterusnya menambahkan kepada pendapatan negara.

Amat ketara pada masa ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula giat menanam gaharu walaupun bermula hanya dengan 1 pokok gaharu. Ia amat mudah. Dengan sedikit kesabaran, ketekunan mencari ilmu berkaitan gaharu.....penantian selama 4-5 tahun selepas 2 tahun aktiviti inokulasi PASTI akan mendatangkan hasil yang baik dan lumayan walaupun hanya dengan 1 batang pokok gaharu.

Ilmu penanaman gaharu
Ramai yang beranggapan bahawa pokok gaharu merupakan pokok liar yang mudah di tanam, anggapan sebilangan besar penanam gaharu bahawa pokok ini tahan lasak adalah salah.

Tidak kira apa bidang yang akan saudara ceburi, ilmu adalah tunggak utama yang perlu di hayati dan di dalami. Begitu juga dengan penanaman gaharu , sebenarnya banyak ilmu yang perlu di cari. Ramai yang mengadu kepada penulis bahawa pokok gaharu yang di tanam sering terbantut, dan daun berwarna kekuningan. Apabila penanam mengalami masalah tersebut, lalu berputus-asa lah mereka, dan dibiarkan pokok ini hidup tanpa di baja, tidak di buat saliran malah rumput lebih tinggi dari pokok gaharu.

Penanaman gaharu adalah bisnes jangka panjang, bukan skim cepat kaya. Ia memerlukan ketekunan, kesabaran, dan masa untuk mendapat hasil yang baik dan bermutu. Bak kata orang tua-tua "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah" , dan ingatlah tuntutlah ilmu sampai ke negeri China sekali pun.

Halatuju Industri Gaharu

bersambung....

nukilan asli oleh :
Mri Adi, IGS

MIRI, SARAWAK

No comments:

Post a Comment