HIJAUKAN RUMAH ANDA

HIJAUKAN RUMAH ANDA DENGAN GAHARU, IA AMAT MUDAH... HANYA JARAK ANTARA POKOK GAHARU 3 KAKI, TARGET 10 POKOK/RUMAH. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMBEKALKAN MINIMUM 10 POKOK GAHARU(RM10/POKOK-TERUS TANAM), KOS HANTAR FREE KE SELURUH SARAWAK.

INOKULAN 4 MOON BOOSTER - RM450/LITER

Dapatkan Inokulan 4 Moon Booster untuk pokok gaharu,TERBUKTI menghasilkan teras gaharu. minimum order rm310/liter, penghantaran free/percuma ke seluruh malaysia

Terbukti menghasilkan teras dalam masa tempoh 4 bulan.

hanya pembeli yang sah melalui IGS sahaja akan di bimbing mengenai teknik inokulasi dan dalam tempoh inokulasi telah dilakukan selagi tidak di campur dengan inokulan dari pihak lain.

Mendapat anugerah :
1. BioMalaysia 2010 Certification
2. BioInno Awards 2010 Bronze Certificate
3. BioInno Awards 2010 Bronze Award

BIJI GAHARU UNTUK DIJUAL

MUSIM BIJI GAHARU SUDAH TAMAT,, TUAN PUAN BOLEH CALL ATAU SMS 0138494242 MR ADI UNTUK BELI BIJI GAHARU. BIJI GAHARU SUBINTEGRA / CRASSNA / MALACANSIS 1kg = RM900 = lebih kurang 4000 biji 1/2kg= RM500 minimum booking : 1/2kg = RM450

mr adi
0138494242

DI JANGKA ADA JUN 2014













Friday

Home » , , , , , , » cara semaian biji, benih, bibit gaharu

cara semaian biji, benih, bibit gaharu

kaedah penyemaian biji gaharu subintegra
penyediaan medium( 2:1:1) top soil : pasir sungai : baja kompos
campurkan semua medium hingga sebati

penyediaan batas
panjang dan pebar terpulang dengan tuan

buat 3 lapisan pada batas
lapisan pertama pasir, kedua baja kompos dan lapisan ketiga ialah medium....ketebalan setiap lapisan lebih kurang 3 inci.

semaian biji gaharu subintegra
semai biji gaharu subintegra dengan kepala di cucuk dalam tanah dan pelayang(ekor) menuju keatas. kedalaman biji gaharu di tanam sekadar tenggelam kepala biji gaharu
jarak antara biji gaharu yang ditanam lebih kurang 5 mm
sungkupan
buat sungkupan diatas batas, tujuan sungkupan untuk elak semaian dari terkena terus pancaran matahari, hujan, binatang.semaian yang terlalu gelap mengakibatkan kulat tumbuh pada permukaan biji gaharu.siraman
buat siraman pada waktu pagi dan petang

tempoh masa biji gaharu subintegra tumbuhlebih kurang dalam 1 hingga 2 minggu biji benih gaharu mulai tumbuh
biarkan sehingga keluar 2 - 3 daun
pindahkan dalam polybag yang telah diisi dengan medium (2:1:1 - sama dengan nisbah medium penyemaian)
pindah anak pokok gaharu
pindahkan anak pokok gaharu yang telah mengeluarkan 2 atau 3 daun. hati hati jangan sampai akar tunjang putus atau rosak.
letakkan anak anak pokok gaharu yang telah di tanam dalam polybag di bawah sungkupan....

PENJAGAAN ANAK POKOK GAHARU
anak pokok gaharu yang telah dipindahkan ke dalam polybag mestilah dijaga. Faktor yang penting ialah;

kelembapan
pastikan anak pokok gaharu di siram pagi dan petang sekiranya tidak hujan, tapi jangan terlalu basah.

Cahaya
pastikan anak pokok gaharu tidak terus terkena cahaya matahri,gunakan sungkupan yang boleh menahan cahaya matahari

Pembajaan
Seelok elok nya gunakan baja kompos untuk anak pokok gaharu, pembajaan dalam 2 minggu sekali. pada usia ini anak pokok gaharu hendaklah dipastikan subur supaya pembesaran adalah cepat.

Makhluk perosak
gunakan kaedah yang sesuai untuk membasmi makhluk perosak.

Daun gugur atau layu
masalah tanah kering atau cahaya terlampau banyak. penyelesaian masalah tanah kering ialah siram anak pokok gaharu pagi dan petang. sekiranya pendedahan cahaya matahri terlampau banyak maka double kan lapisan netting orkid (warna hitam)

kalau boleh jangan letakkan anak pokok gaharu dibawah atap zink...kerana haba panas dari zink boleh menyebabkan daun pokok gaharu layu.

buatkan satu tempat semaian yang tertutup kalau boleh.....ini bagi kawalan suhu, makhluk perosak dan binatang seperti kucing / anjing yang suka membuang najis di kawasan pokok gaharu / batas.

sekiranya anak pokok gaharu anda semua daunnya gugur.....jangan buang dulu...tidak semestinya mati....tunggu beberapa hari....anda akan nampak daun kecil akan tumbuh......

anak pokok gaharu terbantut
masalah ini berlaku kerana anak pokok gaharu yang ditanam dalam bekas polybag yang kecil, pindahkan anak pokok gaharu di bekas yang besar......anda akan nampak perbezaannya.....

penggunaan EM (efektif Mikrob)
untuk mengatasi masalah daun gugur, tuan puan juga boleh menggunakan EM yang telah dicampur dengan air, siram pada anak anak pokok gaharu.....anda akan dapat melihat perubahan beberapa hari selepas semburan EM tersebut.

Pucuk Muda pokok gaharu layu dan gugur.
Tentu anda yang telah menanam gaharu telah melalui proses ini. Binggung sungguh sekiranya permasalahan ini berlaku keatas pokok gaharu yang tinggi.  Permasalahan ini sebenarnya  berpunca dari kekurangan magnesium(mg). Untuk mengenalpasti daun muda yang layu dan gugur, tanda-tanda yang pertama ialah daun muda yang keluar berwarna hijau kekuningan, selepas beberapa hari ia akan berwarna kekuningan , layu dan gugur. Untuk kes ini sila dapatkan baja jenis NPK+mg   .......





Perparitan / sistem aliran

Mungkin ramai yang tidak mengambil endah tentang sistem perparitan di dalam penanaman gaharu samada secara kecil kecilan atau perladangan.

Akar pokok gaharu sangat sensitif dengan kandungan air yang banyak bertakung....sebab itu apabila tuan lihat ada anak pokok gaharu di tanam dalam kawasan yang mudah bertakung maka pertumbuhan pokok gaharu tersebut akan terbantut, pucuk pokok yang mula tumbuh akan mula gugur, daun akan berwarna kekuningan, dan seterusnya daun akan luruh, tapi jangan bimbang....jarang pokok dalam keadaan ini akan mati cuma sebilangan kecil sahaja akan mati.

Penyelesaian untuk kes begini adalah buat aliran air dan parit yang bersambung dengan alur air dan seterusnya ke sungai.

Faktor tanah
Faktor tanah juga penting dan mempengaruhi pertumbuhan pokok gaharu anda. Pengalaman penulis penanaman pokok gaharu di kawasan tanah yang keras, dan berbatu......boleh menyebabkan anak pokok gaharu terbantut. Pokok gaharu akan membesar tapi dengan nisbah pembesaran yang lambat. Selalunya ketinggian pokok gaharu yang di tanam dengan ketinggian 3-5 inci pada permulaan, akan mencapai diameter pokok antara 2-3 inci  dalam masa satu tahun setengah.





2 comments:

  1. Blog yang sangat cantik sangat berfaeddah bagi siapapun yang hendak bertanam gaharu.
    Salam dari http://www.perjuanganwahidiyah.tk

    ReplyDelete
  2. Salam. saya ada 1000 pokok gaharu yang sedia disuntik. ada investor utk suntikan??? mohon rakanniaga

    ReplyDelete