Tarikh suntikan inokulasi gaharu : Hujung ramadhan ( Julai 2013)
Tarikh pemeriksaan ini : 21 September 2013 (Rujuk gambar di bawah)
Inokulan : 4 moon booster (4mb) RM310/ltr
jumlah inokulan di gunakan : 180ml
Diameter pokok : 8 cm
teknik inokulasi :1. dripping (batang pokok gaharu)
2. teknik tebuk dan isi inokulan ( dahan yg kecil)
Penerangan :
Sedikit takikan di buat ke atas kulit dan isi gaharu, lebih kurang 1mm sudah kelihatan warna coklat pada isi gaharu. Ini adalah kesan positif di mana gaharu telah mula terbentuk dengan baik sekali setelah lebih kurang 2 bulan inokulasi di lakukan.
Teknik dripping pada pokok gaharu
1 kaki dari atas tanah, kesan dapat di lihat sehingga 5 kaki ke atas dari lubang dripping. ini adalah kesan positif.
Teknik tebuk dan isi inokulan ( teknik lama)
teknik ini di buat ke atas dahan pokok gaharu yang kecil, pada gambar di bawah dahan yg di tebuk dan di suntik dengan inokulan gaharu 4 moon booster telah disi dengan inokulan 4mb. Kesan dapat di lihat sehingga 1ocm dari lubang bor.
Isi gaharu yang berwarna coklat telah di bakar ...alhamdulillah telah terhasil wangian aroma gaharu......
Sedikit info mengenai inokulan 4 moon booster
Produk keluaran Prof. Ku Halim dari UITM Shah Alam, Pengedar sah adalah Southern Farm Valley ( Tuan Ali Bacha), saya merupakan wakil pengedar yang di lantik oleh Southern farm valley.
pertanyaan tuan puan boleh hubungi saya terus melalui sms / whatapps / tel 0138494242 - rosdi hj nawi
Semua nya atas izin Allah Taala.......kita manusia berusaha dan darul asbab.......
Wallahualam.....
PERINGATAN !!!!!
Takikan yang berlebihan tidak di galakkan kerana di khuatiri boleh menyebabkan isi gaharu yg terdedah kepada air hujan boleh mereput.....pastikan lubang bor ditutup untuk elak pereputan dalam bahagian dalam pokok gaharu di sebabkan oleh air hujan.