kali ini saja nak kongsi ilmu mengenai ketebalan penghasilan gaharu.... ilmu adalah ilham dari Allah swt , sedangkan ilmu itu wajib dituntut.... adalah tidak mendatangkan manfaat sekiranya ilmu itu disimpan agar keseorangan saja yg dapat manfaat atau keuntungannya...
tahu kah anda?????
disamping inokulan yang berkesan ....bahawa kelajuan pengaliran bendalir inokulan atau kelajuan daya serapan inokulan ke dalam pokok gaharu yang disuntik akan menentukan gred gaharu, ketebalan gaharu atau jauhnya gaharu terbentuk.....
ini dapat diumpamakan kita mempunyai telefon bimbit canggih tapi tak tahu menggunakannya....
bukan itu sahaja... besar atau kecil lubang yang ditebuk pada pokok gaharu akan mengundang kepada berlakunya penghasilan gred gaharu yang terbaik pada masa yang singkat tetapi ketebalan gaharu yang nipis tetapi berkualiti dengan gaharu warna hitam terbentuk.....
tidak semua bahagian pokok gaharu yang terhasil selepas di suntik, hanya bahagian yang di lalui inokulan sahaja yang bertindakbalas dengan isi pokok gaharu.
terlampau lebih inokulan juga akan menyebabkan isi pokok gaharu akan mereput atau membusuk tetapi kesannya akan terhasil gaharu di kawasan yang tidak mereput.
Wallahualam.....